Cara Mudah Membebaskan diri Dari Kesempitan (Kewangan)


Ramai orang mahukan kebebasan kewangan,  tapi tidak ramai yang sanggup melakukan apa yang perlu. Cakap memang senang, tetapi perngorbanan haruslah disertakan bersama dengan niat dan tindakan. Barulah benar-benar boleh berubah.

Berikut adalah beberapa cara yang saya senaraikan untuk membantu anda untuk membebaskan diri dari kesempitan yang sedang anda alami.

#1 Hentikan langganan siaran berbayar.

Jika langgan Astro, jumlah yang kita perlu bayar adalah lebih kurang RM100 setiap bulan.

Bukan nak kata, tapi realitinya kita balik rumah selepas bekerja berapa jam sangat yang ada. Sampai rumah jam 7:00 petang, esok jam 7:00 pagi dah bergerak. Kenapa kita nak bazirkan masa di malam hari menonton siaran tv dan bermain internet. Bukankah sepatutnya kita berehat?

Jika nak juga, boleh beralih kepada Astro Njoi. Bila nak tengok siaran tertentu, baru bayar. Bijak bukan?

#2 Hentikan dan tukar kepada pakage internet yang lebih murah

Sekarang, kalau tak ada 3gb internet tak sah, hidup serupa tidak sempurna. Alasannya orang lain susah nak contact!

Percaya atau tidak, sebulan kita mampu survive dengan 1gb sahaja. Tak percaya?

Cuba try test!

Lain lah kalau anda boleh jana RM10 setiap jam dengan penggunaan internet tadi, barulah berbaloi nak bayar ratus-ratus sebulan.

Kan banyak wifii free. (Semasa artikel ini disiapkan, saya sedang gunakan WiFi free McD. Duduk saja, minum air kosong. Tak ada orang marah pun.)

#3 Berhenti merokok

Formula pengiraan perbelanjaan rokok setiap bulan:

Harga sekotak rokok X 30 hari sebulan = Nilai Asap korang setiap bulan

Jika anda menghisap hisap rokok bercukai, sekotak kurang lebih RM15.00

RM15 X 30 = RM450 (Boleh buat bayar bulanan rumah harga RM100,000*)

Jika anda menghisap rokok tak-bercukai, sekotak kurang lebih RM5.00

RM5 X 30 = RM150 (Boleh tampung 1 caruman Takaful yang bernilai RM200,000.00*)

Renung-renungkan lah.

#4 Bersyukur dengan apa yang ada

Setiap tahun selalu ada kenaikan gaji dalam 5%. Atas sebab itu kita dengan serta merta akan naikkan gaya hidup lebih dari 5%. Kononya ada dah duit lebih.

Duit masuk seringgit, kita keluarkan tiga ringgit.

Cuba bayangkan 5% itu jika kita buat-buat lupa dan guna kaedah Auto Debit. Rasanya selepas 12 bulan, berapa banyak simpanan kita ada?

Baca sini - Cara terbaik untuk menabung

60% dari gaji tau! Jika 5% bersamaan RM 100, selepas 12 bulan kita akan ada RM1200. Tanpa disedari bukan? Bersyukurlah, bersederhanalah.

#5 Buat senarai barang yang nak dibeli

Pernah tak rasa nak beli dua jenis barang, akhirnya TER beli lebih. Ini berlaku kerana kita telah gagal merancang dan memikirkan apakah barangan yang menjadi keperluan kita. Lagi bagus jika kita dapat menyenaraikan lebih awal dan telah mengenal pasti dimana tempat yang menawarkan harga ter-rendah untuk barangan tersebut.

#6 Beli secara tunai

Saya kumpul point saja. Sebab tu saya gunakan kad kredit. Mungkin dalam 10 orang, hanya 1 orang pemegang kad kredit telah menyelesaikan semua perbelanjaan kad kredit. Kita pun tahu konsep kad kredit ni adalah beli dulu bayar kemudian dan macam lah kita ni rajin nak terus bayar selepas swap.

Jika ada korang yang akan pastikan setiap bulan perbelanjaan kad kredit akan diselesaikan 100%, saya mohon korang kongsikan tip-tip bagaimana korang mampu berbuat demikian.

#7 Jual atau let-go apa yang tak perlu

Jika didalam rumah ada barang yang dah lebih 6 bulan tak disentuh, bermakna benda tersebut tidak digunakan. Apa lagi? Jual atau sedekahkan pada orang yang memerlukan jika masih dalam keadaan baik. Anda boleh jual pada kedai ‘cash-converter’ ataupun ambil gambar dan senaraikan di laman web percuma seperti mudah.my

#8 Tak ikut Trend

Pantang tengok orang lain bergaya. Kita pun sibuk nak meniru. Lagi-lagi gaya artis dan personaliti TV. Pakai nak sama, jenama mesti ada. Inilah gaya hidup yang bakal membinasakan kewangan kita. Kalau boleh, pakai apa yang ada. Beli yang berkualiti, bukan yang berjenama sahaja.

Semasa saya pergi outstation di Australia, saya pergi ke sebuah butik jenama kegemaran saya. Jenama yang tak mungkin saya mampu beli di Malaysia. Oleh kerana harga yang ditawarkan jauh lebih murah nak dibandingkan dengan yang ada di Malaysia, saya membuat keputusan untuk menghubungi rakan-rakan kenalan saya dan bertanya sama ada mereka berminat untuk membuat pre-order. Dipendekkan cerita, saya tawarkan harga jualan yang sedikit lebih murah dari harga pasaran di Malaysia.

Alhamdulillah, saya boleh dapatkan 10 helai baju dan seluar free untuk diri sendiri!

Jika kita gagal merancang, maka kita merancang untuk gagal.

Rancang kewangan dan perbelanjaan anda sekarang!

FS

Penafian - Seperti yang Published di Sakupenuh.com.

Powered by Blogger.