Cara terbaik untuk menabung

Seperti yang published di Blog Sakupenuh.com
Semasa menghadiri Workshop SakuPenuh 2.0 pada 14 Ogos 2016 Ustaz. Shazly menekankan yang kita perlu membina tabungan. 1/10 atau 10% daripada setiap jumlah pendapatan bersih yang diterima. Tabungan bukan dinilai dari jumlah pendapatan yang anda perolehi, tetapi dinilai dari berapa banyak yang anda simpan!
Ramai nak melabur dalam hartanah, saham, emas dan sebagainya! Semua jenis pelaburan ini memerlukan modal wang.
Bukan itu saja, nak kahwin, kena ada wang. Nak mati pun perlukan wang.
Tapi mesti ramai tertanya-tanya bagaimana cara yang paling efektif untuk menyimpan wang?
Tak susah pun, anda boleh buat salah satu dari langkah berikut:  
1. Auto Debit – Duit masuk, terus tolak.
Set dalam Maybank2u atau CIMB Click pemotongan secara automatik. Paling baik satu hari selepas tarikh gaji masuk.
Pastikan lebih 10% daripada pendapatan bersih
2. Kumpul ikut warna – RM5 atau RM20
Selalu orang akan simpan wang berwarna hijau RM5. Tapi untuk buat ia lebih menarik, simpan yang warna orange RM20.
Lebih cabaran, lebih bermotivasi untuk menyimpan.
3. Kumpul syiling – Semua jenis syiling
Tak kira berapa banyak syiling, semua masuk dalam tabung. Lagipun, kan berat bawa syiling kemana-mana. 
4. Main kutu – Ajak kawan baik, kawan sekerja atau keluarga
Kalau rasa lemah nak simpan sendiri, boleh main kutu.
Ajak 5 orang, tetapkan satu jumlah dan mulakan. Kalau tak yakin, buat agreement. Bila dah join, rasa malu tak bayar setiap bulan akan memaksa anda untuk membayar.
Main kutu jangan ramai dan lama sangat, nanti bosan nak tunggu giliran dan bila dah sampai giliran kita, jangan lupa simpan dalam tabung #5 dan #6.    
5. Beli emas – Boleh sertai program pengumpulan emas yang sah.
Konsep beli emas sangat mudah. Boleh beli 1 bulan 1 gram. Tapi biarlah belajar dahulu, jangan sampai tertipu!
6. Simpan dalam akaun – Biar yang susah nak dikeluarkan, tak ada kad paling baik!
  1. ASB – Fatwa kata Harus
  2. Fixed Deposit
  3. Tabung Haji – Tapi dah boleh link.Simpanan Tabung Haji sebaiknya untuk kita nak menunaikan kewajipan Rukun Islam yang ke 5, bukan untuk beli rumah. 
  4. Apa-apa akaun – Buka satu akaun khas, jangan daftar online banking dan potong kad bank supaya sukar untuk dikeluarkan. 
Ingat, menabung memerlukan kita untuk mengawal nafsu berbelanja. Kalau tak dapat kawal nafsu berbelanja, tabungan sukar untuk terbina. 
Jangan buang masa, menabunglah sekarang!
“Jadikan tabungan perbelanjaan wajib anda”
oleh Fadhliyansah Hj Saipul
https://fadhliyansah.wordpress.com/Penulis Jemputan Sakupenuh.com
Powered by Blogger.