Cara dapat duit lebih (dari poket sendiri)

Image result

Kehebatan kita adalah menghabiskan wang. Kelemahan kita pula adalah menyimpan dan mengandakan wang. Seperti yang pernah dibincangkan sebelum ini, setiap orang perlu ada paling kurang 3 bulan Dana Kecemasan. Namun, bagaimana cara untuk kita menggumpul dana tersebut?


#1. Jual sesuatu

Jika didalam rumah anda ada barang yang telah tidak digunapakai melebihi 6 bulan, barang tersebut adalah bukan barangan kegunaan dan anda boleh untuk terus hidup tanpanya. Oleh itu, langkah terbaik adalah untuk menjual dan mendapatkan seberapa banyak wang untuk dimasukkan ke dalam Dana Kecemasan anda.

#2. Dapatkan kerja sampingan #DuaKerja

Demi mencapai matlamat membina tabungan atau Dana Kecemasan, adalah lebih baik jika anda dapat melakukan #DuaKerja. Siang bekerja di pejabat, malam menjadi chef. Menerima tempahan membuat kek, roti dan biskut. Ikutlah kretiviti masing-masing. Bak kata pepatah, nak seribu daya tak nak seribu dalih.

#3. Bekerja dirumah

Jadikan rumah anda tempat kerja baru anda! Ramai yang tidak sedar bahawa kos menghantar anak ke Taska atau Pusat Jagaan telah menelan lebih kurang 20% atau lebih dari jumlah pendapatan bulanan. Tidak termasuk dengan kos pengangkutan untuk ke pejabat lagi.

Jika anda seorang wanita, rumah anda boleh dijadikan pusat jagaan kanak-kanak. Ambil upah menjaga anak-anak jiran dan daftarkan di Jabatan Kebajikan Masyarakat. Mengikut syarat yang ditetapkan anda boleh menerima 4 hingga 9 orang kanak-kanak dalam jagaan di rumah sendiri.

Selain itu, ada banyak lagi idea yang boleh anda pertimbangkan untuk menjalankan perniagaan dari rumah.

#4. Ubah Tabiat.

Ubah tabiat kita yang suka membazir. Seringkali kita membiarkan air terbuka, kipas, pendingin hawa, lampu perhiasan dan lain-lain peralatan elektrik terpasang tanpa digunakan. Perkara ini sedikit sebanyak memberi impak kepada bacaan meter air dan elektrik. Satu ringgit pun wang juga bukan? Mana cukup satu juta jika tiada satu ringgit. Jadi, berjimatlah. Ubah sikap, ajar anak-anak untuk berjimat.

Selain itu, tabiat suka window shopping juga mampu mempengaruhi kewangan sebenarnya. Ya! Anda tidak membeli apa-apa, namun anda lupa, caj parking, minyak kereta dan kos makan diluar sebenarnya sudah banyak. Jika setiap hujung minggu anda ubah tabiat ini dan bawa satu keluarga ke taman rekreasi untuk bersenam kan lebih baik!

#5. Hentikan.

Sedar tak sedar, kita sering kali membayar untuk perkara yang sia-sia.
Hampir setiap rumah MESTI melanggan siaran berbayar dan perkhidmatan internet. Adakah itu keperluan atau kehendak? 

Selain itu, HENTIKAN juga hobi dan perkara yang tidak berfaedah seperti tabiat MEROKOK. Banyak boleh jimat dengan tidak merokok malahan badan lebih sihat.

#6. Makan dirumah

Mula belajar memasak, masak dan makan dirumah. Lebih menjimatkan, mengenyangkan dan menyihatkan. Jika anda hidup bersendiri atau berdua, mungkin makan diluar adalah lebih baik. Jika berkeluarga, bawalah bekal atau isi perut sebelum keluar.  

#7. Tangguhkan percutian


Telah menjadi lumrah setiap orang, untuk pergi bercuti setiap tahun. Mungkin untuk anda yang mahu berjimat dan membina wang simpanan atau dana kecemasan, tangguhkan perancangan untuk bercuti pada tahun ini. Atau kurangkan bajet percutian. Jika merancang ke luar negara, ubah ke dalam Negara.  Capaikan matlamat anda dan utamakan yang lebih penting.

Nak seribu daya, taknak seribu dalih. 

Kalau anda serius dengan perancangan anda untuk memperbetulkan kewangan anda, pengorbanan adalah salah satu kunci utama untuk merialisasikannya!

Selamat mencuba.

FS
Powered by Blogger.