Persiapan Kewangan Menyambut Kelahiran Bayi




Alhamdulillah, saya dan isteri baru dikurniakan seorang lagi anak perempuan pada 19 September 2016.

Selepas mendapat pengesahan dari pihak Doktor bahawa isteri saya telah mengandung, kami cepat-cepat berbincang dan melakarkan satu Bajet Belanjawan yang baru untuk keluarga kecil kami.

Sebelum kelahiran, perancangan seperti berikut adalah perlu untuk dilakukan:

1. Kenalpasti lokasi & kos untuk pemeriksaan (checkup)(setiap bulan)
2. Kenalpasti lokasi & kos untuk bersalin
3. Kenalpasti lokasi & kos untuk checkup bayi (selepas bersalin)
4. Senaraikan barang keperluan bayi & ibu (sebelum, semasa dan selepas bersalin)
5. Kenalpasti kos "perlindungan" (insuran) untuk anak yang bakal lahir.

Kira-kira dalam RM1000 setiap bulan diperlukan untuk membesarkan seorang anak (umur 1 hingga 3 tahun).

Jika si ibu menjalankan checkup di klinik / hospital swasta, jumlah wang yang bakal diperlukan adalah lebih tinggi daripada di klinik / hospital kerajaan.

Semasa bayi pertama kami bawa ke klinik kesihatan dari si ibu mengandung 1 bulan hinggalah bayi lahir dan berusia 3 bulan. Memang jimat wang cuma perlu korbankan waktu bekerja.

 (Gambar sekadar hiasan, bukan bayi kami pun)


Powered by Blogger.