PESANAN UNTUK YANG BERPENDAPATAN RENDAH

Kalau pendapatan dah rendah, jangan lah berlagak macam orang yang berpendapatan tinggi.

Tak perlu ikut orang. Beli dan berbelanja untuk keperluan diri, bukanlah untuk keperluan orang yang memandang.

Tuan Zaidi Ismail berkongsi di FB beliau:

UNTUK YANG BERPENDAPATAN RENDAH.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
.
Apa yang boleh di lakukan kalau korang berpendapatan rendah seribu dua sebulan.
.
1. Terima hakikat realiti hidup bukan mimpi dan berfantasi macam dalam drama slot akasia , minah kilang boleh sewa rumah teres di KL tinggal berdua dengan kawan , agak-agak la kalau yer pun nak berdrama.
.
2. Hidup dalam lingkungan pendapatan yang diterima , gunakan alat paling mahal kau ada yakni yang berada diantara 2 telinga , kalau tak reti guna mohon meninggal.
.
3. Kalau ada hutang , mulakan usaha untuk menjual hutang yang ada selagi mana ianya boleh dijual. Dulu masa beli hutang pandai pulak kau , tak payah ajar tahu pulak beli , nak jual pulak reti , pandai la cari jalan untuk jual hutang yang ada.
.
4. Mulakan usaha menambah pendapatan , lakukan apa yang pendatang asing lakukan. Berhijrah , cari rezeki di tempat lain . tinggal anak isteri dan berhijrah, orang nogori macam Abam Z sobot "merantau". Kalau bujang lagi senang , angkat kaki dan blah ke tempat kerja lain atau ke negeri dan kalau perlu ke negara lain.
.
5. Kalau bujang ,cepat-cepat nikah (cari pasangan yang sekufu) kerana perkahwinan itu membuka pintu rezeki yang lebih luas , kalau dua-dua pasangan bekerja boleh guna "power of two". Takan nak Abam Z sertakan hadith dan ayat Al-Quran kot .. nanti ada yang cop Abam penunggang agama plak.
.
6. Cari Ilmu mengurus kewangan dan perniagaan , baca banyak ratusan dan ribuan buku , pergi seminar , kelas dan bengkel (banyak yang murah tak perlu habis ribuan ringgit) , kalau pergi perpustakaan percuma sahaja. Guna internet juga percuma. Cari mentor dan bertalaqi serta berkuli untuk dapatkan Ilmu yang dicari.
.
7. Mulakan perniagaan sampingan dengan apa yang ada ditangan , mulakan dengan perkhidmatan kalau ada kemahiran yang boleh ditawarkan atau jual produk murah dan senang dijual serta berterusan (repeat order) , lebih mudah jika mempunyai "channel". Bangla potong rumput pun dapat lebih RM50 sekali potong , upah gosok baju dan lipat kain pun lebih RM10 sejam , buat facial rumah ke rumah pun lebih RM20 satu muka , sanggup dengan tidak jer.
.
8. Belajar kemahiran baru yang kemudiannya boleh ditawarkan untuk menambah pendapatan , boleh ikuti banyak kursus jangka pendek yang di tawarkan oleh agensi kerajaan dengan modal rendah atau cara mudah dengan berkuli dengan orang.
.
9. Tanya majikan sedia ada apa yang boleh di lakukan untuk mendapatkan gaji yang lebih tinggi , buat perjanjian bertulis dengan pihak syarikat. Minta syarikat untuk hantar hadiri kursus yang bersesuaian.
.
10. Belajar menjual dan memasarkan sesuatu perkhidmatan atau produk , dengan kata lain belajar menjadi seorang jurujual dan pemasar yang baik , majoriti jutawan adalah mereka yang pandai menjual diri mereka.
.
11. BONUS ..... Masuk parti politik dan jadi ahli politik .. kalau tak pergi sekolah pun boleh berjaya .. satu skil yang perlu ada hanyalah kena pandai "cium tangan boss".
.
ATAU ......
.
Korang boleh terus salahkan orang lain , pilih parti politik sedia ada untuk memerintah , daftar untuk dapatkan BR1M dan hisap candu retorik yang di jual ahli politik setiap hari yakni "ketakutan" , "sentimen" dan "mimpi" dan terus jadi pemalas dan hanya berdoa depan FB serta harap semuanya akan berubah bila bangun tidur setiap pagi.
Powered by Blogger.