10 Tip Persediaan Perkahwinan


Ramai orang menginginkan Majlis Perkahwinan yang sempurna, ala-ala dalam TV. Tapi salah satu sebab mengapa ramai orang tidak atau lambat berkahwin adalah kerana berkaitan dengan komitmen kewangan.
Mungkin ada yang terlepas pandang mengenai apa yang dikatakan dalam Quran.
Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (An-Nuur 24:32).
Sebelum kahwin, persediaan dari segi rohani, ilmu asas berumah tangga, mental dan fizikal adalah paling penting. Namun persiapan berikut juga tidak kurang pentingnya dan persiapan ini sedang elok dibuat 6 bulan sebelum tarikh majlis: 
  1. Pengantin
    Asas nak bernikah mesti ada bakal pengantin lelaki dan perempuan. Kedua-dua perlu siapkan diri dari pelbagai aspek. Banyak dugaan sebelum dan selepas berkahwin. Tingkat kan kesefahaman dengan memahami tujuan mengapa kita disyariatkan untuk berkahwin.
  2. Kursus Kahwin
    Dah bertunang, selalunya bakal pengantin akan daftar untuk ke kursus kahwin. Tak pergi sama-sama pun boleh dapatkan Sijil itu penting. Kursus selalu dijalankan pada hujung minggu 8 to 5.
  3. Tarikh
    Pemilihan tarikh perkahwinan hendaklah dibincangkan dengan keluarga kedua-dua belah pihak. Ini selalu menjadi isu kerana mungkin ada kaum keluarga yang tidak free pada masa-masa yang ditetapkan. Kalau nak date yang fancy, pastikan tidak menyusahkan kaum keluarga dan jemputan. Pilih tarikh nikah dan majlis pada satu hari yang sama dapat menjimatkan sedikit kos.
  4. Bajet/kewangan
    Tak dinafikan, nak berkahwin memang memerlukan duit dan perbelanjaan. Terpulang kepada kita dan demand keluarga. Cuba sebaik-baiknya untuk bawa berbincang. Belanja ikut kemampuan. Buat senarai semak supaya tak terlebih atau terkurang beli. Simpan duit dari awal. Elak pinjam bank, nanti dah anak 2 orang pun loan tak langsai. 
  5. Dokumentasi
    Pergi ke Jabatan Agama kawasan anda untuk ambil borang (Lelaki & Perempuan) dan fahami prosedur, baca jika tak faham sila tanya. Lengkapkan dokumentasi sebelum hantar ke pejabat agama elakkan bertangguh.
  6. Medical Check up
    Ujian Saringan boleh dilakukan di klinik kerajaan dan swasta. Ujian yang paling penting adalah saringan HIV. Bukan untuk menyusahkan, tapi untuk memberi kebaikan kepada semua pihak.
  7. Tok Kadi
    Tok Kadi juga manusia biasa, dia memerlukan kerjasama kita untuk tempah awal dan datang awal pada majlis. Kadang kala, tarikh yang kita rancang belum tentu sesuai dengan jadual Tok Kadi dan hormati mereka, jangan rombongan lambat pula. Biar kita tunggu dia, jangan biar dia tunggu kita.
  8. Jemputan (Kad & Senarai)
    Jumlah jemputan menentukan jumlah perbelanjaan. Secara kasar, pakej katering untuk 1 pax adalah dalam RM 15.00. Kalau ada bajet, jemputlah ramai, kalau mahu berjimat buat cara mahu berjimat. Ini tak termasuk goodies / door gift lagi. Kad jemputan biasa sudah memadai, anda juga boleh jemput secara online!
  9. Lokasi/Catering/Solek/Pelamin/Busana
    Mudah untuk dapatkan semua ni. Lokasi, terpulang tapi kalau nak mudah sewa dewan dan tempah 100% daripada mak andam. Kalau nak buat sendiri lagi jimat sebenarnya cuma penat sedikit. Ajak kawan-kawan tolong solek, bina pelamin dan jahit baju sendiri. Kalau mahu berjimat, ada banyak cara!
  10. JuruGambar
    Mengapa point ini bersendirian? Kerana percayalah satu hari nanti anda akan tercari-cari kenangan majlis perkahwinan anda. Kalau tak dapat cari protographer, mintalah tolong saudara mara yang ada camera elok sikit. Tapi sekarang ramai photographer hebat yang menawarkan pakej yang mampu bayar.
P/s: Apa pun orang kata, majlis kita hak kita. Suarakan kemampuan anda kepada bakal keluarga dan keluarga anda. Bawa berbincang. Ingat, takkan kita nak habiskan berpuluh ribu Ringgit untuk majlis yang kurang dari 24jam?
Powered by Blogger.