Cara Elak Dari Berhutang


Menguruskan masa itu penting. Jika masa diurus dengan baik, maka tiadalah pembaziran masa.

Begitu juga dengan kewangan. Ia juga perlu untuk diuruskan supaya semuanya teratur dan tidak terbazir. 

Salah satu kesan kepada kegagalan pengurusan kewangan yang baik dan teratur adalah, terbinanya hutang.

Hutang terbina apabila kita membeli sesuatu dan tidak dibayar dengan serta merta. Nak elak diri dari berhutang sangat mudah:

1. Didik nafsu
Jika monyet boleh dididik untuk memetik buah kelapa kenapa tidak manusia. 

Didik diri dan nafsu daripada keinginan membeli barangan yang diluar kemampuan. 

Jika betul-betul mahu, jadikan ia matlamat dan usahakan sampai dapat. Usahakan sesuatu supaya anda dapat membelinya secara tunai.



https://www.facebook.com/Dustbusters-Cleaning-Services-205979653148535/

2. Ubah gaya hidup
Gaya hidup alaf ini mewajibkan setiap orang untuk memiliki smartphone paling baru dipasaran. 

Jika anda setuju dengan pernyataan ini, maka anda perlu untuk merubah gaya hidup. 

Ubah kepada gaya hidup "cukuplah asalkan ada..." atau gaya hidup yang berpadanan dengan pendapatan dan kemampuan. 

Jangan ikut orang, biarlah nampak papa asalkan tak berhutang.

3. Rancang perbelanjaan
Jangan sekali kali membeli sesuatu yang tidak ada didalam senarai atau bajet perbelanjaan dan sesuatu yang belum anda kira kos-kos yang bakal ditanggung jika anda membelinya. 

Hal ini dapat menjadikan anda kesempitan kelak dan akan membuka hati anda untuk memulakan hutang.

Ada banyak lagi cara, namun cuba lakukan 3 cara ini, insyaAllah mampu menjauhkan diri kita dari berhutang.


Powered by Blogger.