Risiko Menjadi Penjamin Pinjaman





Adik nak beli kereta, kakak kena jamin. Sepupu nak beli kereta, sepipi kena jamin. Kawan nak beli motor, 'kawan baik' kena jamin. - Biasa bukan dengan situasi ini?


Tapi tahukah anda?

Bayar balik pinjaman/hutang merupakan satu perkara yang paling berat untuk dilakukan manusia. Itu lumrah kehidupan. 

Masalah ini biasanya berlanjutan sehingga nama peminjam & penjamin dimasukkan ke senarai hitam atas kegagalan membayar balik pinjaman. 

Kesannya, si peminjam dan penjamin akan hilang kelayakan untuk mendapat segala jenis pinjaman bank. Senang kata, penjamin menjadi mangsa keadaan.

Nak buat loan beli rumah pun sukar, sebab ada rekod 'bodoh' dalam CCRIS.

Perkara ini mendatangkan kesan kepada keluarga si penjamin juga.

Cuba bayangkan, si penjamin juga tidak dapat membayar segala hutang itu, ditakdirkan dia meninggal dunia. Warisnya akan mewarisi segala hutang bodoh itu.

Kalau anda salah seorang penjamin, saya sarankan anda menyediakan Hibah Takaful buat keluarga anda. Supaya paling kurang dapat elakkan waris menanggung hutang bodoh tersebut.

Layari www.takafuluntuksemua.com untuk maklumat lanjut.

Menurut perkongsian Pn Ainon Mohd:

Apabila orang yang meminjam duit bank itu orang yang tidak berduit, risikonya sangat besar ke atas kita sebagai penjaminnya.

Dia berhutang, kemudian dia tidak membayar hutang itu.
Mula-mula sekali, pegawai bank bahagian recovery akan siasat latar belakang kewangan si peminjam.


+ Kalau orang itu ada duit, ada jawatan, gaji besar, banyak harta, bank akan kejar dia. Bank tahu dia mampu membayar balik hutangnya. Paling kurang dia ada harta. Bank boleh lelong hartanya.


+ Kalau orang itu tidak ada duit, tidak ada harta, maka bank akan cari penjaminnya. Bank akan paksa penjaminnya membayar hutang yang dijaminnya itu.
Dalam keadaan macam itu, si peminjam sangat untung. Dia sudah sapu duit bank. Bank lepaskan dia begitu sahaja.


Penjamin yang dipaksa oleh bank supaya membayar hutangnya.


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Tak salah nak menolong, tapi berapa ramai nak tolong bila perkara seperti ini terjadi?

Oleh itu, jadilah orang yang bijak. Berfikir dengan teliti sebelum bersetuju menjadi penjamin. Jauhkan emosi menguasai diri ketika melakukan apa jua keputusan.

Semoga kita semua dirahmatiNya.

Fadhliyansah Saipul,
Menteri Kewangan Danok Selatan.

Powered by Blogger.