Tip Pemilihan Tempat Tinggal Bagi Pasangan Baru Berkahwin


Selamat Pengantin Baru buat yang baru mendirikan rumah tangga. Semua pasangan mahukan kehidupan yang selesa, tenang, aman dan kalau boleh tidak menetap dirumah orang tua.

Sebelum berkahwin jangan hanya fikir pasal majlis sampai lupa perkara-perkara yang lebih penting seperti pemilihan tempat tinggal. 

Untuk pemilihan tempat tinggal dan bagi memastikan kewangan anda seimbang, saya mencadangkan agar pasangan muda yang baru mendirikan rumah tangga untuk:

#1. Menetap di rumah yang kecil
Jangan terlalu ego dan gopoh untuk menyewa atau membeli rumah idaman. Rumah besar dengan bilik yang banyak dan ruang yang besar. 

Nak tunjuk apa? Taku malu pada kawan-kawan? 

Selalunya orang baru berkahwin hanya akan tinggal berdua selama setahun atau lebih. Biasakan diri untuk hidup dalam keadaan sederhana. Nanti dah ada anak ramai pindahlah ke rumah yang lebih besar.

Harus diingat. Rumah besar pasti harga sewa besar. Jangan ikut orang dan ingat, hidup adalah lebih tenang dan bahagia jika kita hidup untuk diri sendiri dan bukan untuk memenuhi percakapan orang lain.


https://www.facebook.com/Dustbusters-Malaysia-205979653148535/?fref=ts



#2. Menetap dengan keluarga
Jika kewangan tidak mengizinkan atau ibubapa atau saudara / adikberadik sendiri yang mempelawa anda untuk menetap bersama mereka, kenapa tidak? 

Cuma perlu diingat bahawa anda ada tanggungjawab untuk membantu mereka buat kerja rumah, bayar bil, beli barang dapur dan sebagainya. Bukanlah jadi raja goyang kaki.

Jadilah manusia yang bertanggungjawab dan berbudi bahasa.
 #3. Duduk berdekatan dengan tempat kerja
Jika mampu atau mahu menetap sendiri, pastikan cari rumah yang berdekatan dengan tempat kerja.

Supaya anda tidak akan membazirkan wang untuk menampung kos pengangkutan. Jika tempat kerja berjauhan, cari tempat yang paling hampir atau permudahkan lah isteri supaya dia tidak penat untuk berulang alik dan boleh masak yang sedap-sedap. 

Lagipun ini masanya untuk si suami buktikan pengorbanan.

#4. Menetap di kawasan yang mempunyai pengangkutan awam
Untuk sesiapa yang bekerja dikawasan bandar, pastinya memandu kereta sendiri merupakan perkara yang paling tidak digemari kerana untuk memasuki kawasan sebegini selalu mengambil masa yang banyak.

Rakyat Malaysia yang menetap di ibu kota secara  purata menghabiskan dua jam berada di dalam kereta setiap hari.

Oleh itu, untuk memudahkan perjalanan dan menjimatkan masa, menetaplah di kawasan yang mempunyai akses pengangkutan awam.

 
#5. Menetap di rumah kelamin
Jika anda masih belajar atau bekerja dengan organisasi yang menyediakan kuaters, sila pergunakannya sebaik mungkin. Air free, elektrik free perabot pun free. Tak perlu risau, kebanyakan sudah tersedia. 

Wang yang ada boleh digunapakai untuk membina tabungan dan membeli rumah sendiri (rumah untuk pelaburan). 

#6. Menetap di kawasan kurang tempat makan
Saya akui sendiri, semasa kami menetap di Kajang (kawasan ini penuh dengan tempat makan dan mudah untuk jumpa restoran) kami seringkali makan di luar. 

Namun, setelah berpindah ke kawasan yang majoriti diduduki penganut bukan Islam, sedikit sebanyak dapat memaksa rela kami untuk memasak di rumah.Banyak penjimatan yang dapat dilakukan.

https://www.instagram.com/asmaa.store/

Powered by Blogger.